
“Saya telah dimaklumkan oleh inspektor Sherra dari IPD Mersing bahawa polis telah membuka kertas siasatan ke atas saya berkaitan isu yang saya bangkitkan iaitu perlombongan emas, perlombongan pasir dan beberapa perkara mengenai bagaimana khazanah Mersing dipunggah keluar dan beri kesan negatif kepada rakyat Mersing.
“Sebagai warga bertanggungjawab, saya akan berada di IPD Mersing untuk disoal siasat,” katanya di Facebook.
“Saya tidak pasti akan disiasat bawah akta apa. Namun saya siapkan minda untuk mereka menekan saya guna akta hasutan yang mana saya mungkin boleh ditahan tanpa waran.”
Sementara itu, Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Mersing Cyril Edward Nuing mengesahkan Chegu Bard akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, siasatan itu susulan polis menerima laporan pada 17 Nov lalu, berkenaan satu hantaran dalam Facebook yang dibuat oleh satu akaun iaitu “Che’GuBard Original”.
“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan lelaki berkenaan akan datang ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mersing untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram