
Mesyuarat itu bagi menetapkan beberapa peraturan baharu untuk Jemaah Menteri menguruskan kementerian antaranya mengenai dasar dan penjimatan serta cara mendampingi penjawat awam dan masyarakat.
“Tumpuan kita adalah untuk pulih ekonomi. Kita sudah pulihkan keyakinan pelabur. Ringgit dah diperkuat…ini bermaksud kos import dah kurang dan tidak terlalu mahal,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Muhammad Al Fateh Taman Jati, Meru.
Hadir sama Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan barisan Ahli Parlimen serta ADUN dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Terdahulu dalam lawatan pertamanya ke Perak yang juga lawatan pertama di luar Putrajaya dan Kuala Lumpur selepas secara rasmi dilantik sebagai perdana menteri 24 Nov lalu, Anwar terlebih dulu menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.
Pertemuan pada 10.50 pagi itu selesai kira-kira 12 tengah hari.
Anwar kemudian mengadakan kunjungan bersama penduduk dan peniaga di Pasar Tanjung Rambutan, beramah mesra serta bergambar bersama mereka yang sudah menunggu kehadirannya sejak 9.30 pagi.
Beliau meluangkan masa selama hampir 10 minit sebelum bergegas ke Masjid Muhammad Al Fateh untuk menunaikan solat Jumaat.
Anwar akan mengumumkan Jemaah Menterinya hari ini.
Pengumuman yang akan disiarkan secara langsung itu berlaku kira-kira lapan hari selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kerajaan perpaduan.
Sebelum ini, Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara menjanjikan saiz Jemaah Menteri yang kecil, dengan jaminan tidak akan melantik anggota melebihi keperluan atau sebagai imbuhan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram