HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Saya terbuka untuk beri tunjuk ajar, Hamzah balas Saifuddin 

-

Setiausaha agung Perikatan Nasional itu berkata beliau sudah lama mengenali Saifuddin dan bersedia untuk memberikan tunjuk ajar demi kebaikan negara.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Hamzah Zainudin berkata, beliau sudah lama mengenali Saifuddin Nasution Ismail dan akan membantunya demi kepentingan negara.

PETALING JAYA:
Bekas menteri dalam negeri, Hamzah Zainudin terbuka untuk memberi tunjuk ajar kepada penggantinya, Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu berkata beliau sudah mengenali setiausaha agung PKR itu sejak Saifuddin menjadi setiausaha eksekutif Pemuda Umno sebelum menyertai PKR.

“Bukan baru kenal dia. Seperti yang saya kata tadi, apapun yang kita lakukan, adalah untuk kepentingan negara.

“Kalau sesuatu saya perjuangkan untuk negara, saya boleh berikan perkara-perkara yang saya rasa baik untuk beliau terus perjuangkan,” katanya lapor Astro Awani

Ahli Parlimen Larut itu ditemui selepas majlis kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan Selama, dekat Larut hari ini.

Awal hari ini, Saifuddin berkata beliau akan mendapatkan tips dan panduan daripada setiausaha agung Bersatu itu berkenaan tugas yang baru diamanahkan kepada beliau.

Katanya, Hamzah mempunyai hubungan baik dengannya sejak puluhan tahun dahulu selain turut mengakui rasa hormat beliau terhadap bekas menteri dalam negeri itu.

Saifuddin berkata, beliau turut mendapatkan tunjuk ajar daripada Hamzah ketika dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna pada 2018 disebabkan pengalaman Hamzah bersama kementerian itu ketika era pemerintahan Barisan Nasional.

Sementara itu, Hamzah menyambut baik pelantikan enam jemaah menteri dari Perak.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selain menganggap pengerusi PH itu wajar diangkat sebagai hero bagi Umno Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.