HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada PRK di DUN Gurun, kata speaker DUN Kedah

-

PRK hanya perlu sekiranya DUN dikosongkan dalam tempoh lebih dua tahun sebelum penggal berakhir.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tiada keperluan mengadakan PRK di Gurun kerana ia dikosongkan terlalu dekat dengan tarikh penggal berakhir, kata Speaker DUN Kedah, Juhari Bulat.

PETALING JAYA:
PRK tidak perlu diadakan di DUN Gurun kerana ia dikosongkan terlalu dekat dengan tarikh penggal berakhir, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Juhari Bulat.

“Kalau jawatan itu dikosongkan dalam tempoh lebih dua tahun sebelum penggal berakhir, maka kita akan adakan PRK,” katanya lapor Kosmo, selepas penyandang Johari Abdul mengosongkan kerusi itu serta-merta hari ini.

“Tetapi, kini tempohnya cukup singkat iaitu kira-kira tujuh bulan sahaja lagi sebelum penggal berakhir, jadi mengikut undang-undang tiada keperluan untuk mengadakan PRK.”

Dalam satu hantaran video di Facebook, Johari mengesahkan telah meletak jawatan pada Isnin (13 Dis), selepas Juhari menerima suratnya.

Pemimpin PKR itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Gurun yang menyokongnya sepanjang menjadi ADUN.

Ditanya mengenai keputusan mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait pencalonannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

“Kita tunggu esok lah,” katanya kepada Bernama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.