![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2022%2F12%2FPenjara-Kluang-map.jpg&w=3840&q=75)
Pengarahnya, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam dan menggerakkan tiga petugas jabatan itu ke lokasi.
Beliau berkata, gajah dewasa itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang dikenali sebagai ‘Grup Tenang’, yang difahamkan terdiri kira-kira 15 ekor.
Menurut Aminuddin, susulan itu, pihaknya menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah ‘tembak dan halau’ serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.
“Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.
“Seterusnya, pihak Perhilitan akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan provokasi terhadap gajah sekiranya bertembung dan berhubung dengan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram