
Katanya, adalah wajar jabatan yang berada bawah Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan amalan diguna pakai majlis tempatan di mana semua ahli majlis dilibatkan dalam proses berkenaan.
“Ini demi mengelak kuasa berlebihan berada dalam tangan seorang individu yang mempunyai prerogatif membuat keputusan,” katanya sambil menyatakan langkah itu menjurus kepada “salah guna kuasa”.
Bagaimanapun, Fernandez berkata, sekiranya ia bukan pilihan terbaik, Ahli Parlimen Kuala Lumpur boleh membentuk jawatankuasa bagi menyemak dan membahaskan rancangan dan dasar.
“Lebih banyak input lebih baik kerana kita memerlukan perspektif berbeza sebelum mencapai keputusan bersama.”
Menurutnya, satu daripada keutamaan jabatan berkenaan adalah memastikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 digazetkan. Beliau mendakwa ada pindaan dibuat tanpa melakukan perundingan terlebih dulu dan menjejaskan pemuliharaan tanah kerajaan dan kawasan hijau.
“Jika anda menyerahkan plot tanah kerajaan kepada pemaju swasta, akan berlaku kekurangan ruang membina kemudahan penting kerajaan seperti balai polis dan balai bomba,” katanya.
Fernandez berkata, banjir di Kuala Lumpur juga merupakan isu kritikal perlu ditangani mengambil kira infrastruktur dibina gagal mendepani kemajuan pesat pembangunan.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata langkah menggantikan Kementerian Wilayah Persekutuan kepada jabatan bukan sesuatu mengejutkan sebelum 2004.
Tian Chua berkata, penstrukturan semula adalah sebahagian usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecilkan saiz Jemaah Menteri di bawah pentadbirannya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram