
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1, Mohd Suhaimi Jamal berkata, Rosnani Siam, 47, yang tertimbus dengan pasir, hanya dikeluarkan pada 8.11 malam Sabtu dan disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 8.51 pagi dan setiba di tempat kejadian, sebuah lori terbabas dengan sebahagian badannya berada di dalam parit.
“Kerja-kerja rumit terpaksa kita hadapi apabila bahagian hadapan lori itu terbenam hampir 12 kaki (3.6m) ke dalam parit yang dipenuhi air.
“Kita terpaksa menggunakan kren seberat 350 tan untuk mengangkat lori pasir berkenaan,” katanya dipetik Bernama di lokasi kejadian.
Suhaimi berkata, 39 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi itu yang turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba Penyelamat Skudai.
Dua jentera FRT, sebuah EMRS, tiga unit RIM dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton turut digunakan dalam operasi itu yang berakhir 8.34 malam tadi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram