HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

APAD, pengusaha bas sekolah bincang cadangan naik tambang esok

-

Ia selepas Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata tambang bas sekolah mungkin dinaikkan bermula 3 Jan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Persekutuan Persatuan Bas Sekolah sebelum ini dilaporkan berkata kenaikan tambang tidak dapat dielakkan susulan peningkatan kos operasi.

PETALING JAYA:
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan berunding dengan persatuan pengusaha bas esok berhubung cadangan menaikkan tambang, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

“Esok, pihak APAD akan mengadakan perbincangan dengan persatuan pengusaha bas sekolah,” katanya menurut Harian Metro, susulan laporan pengusaha bas sekolah bercadang menaikkan tambang bas mulai 3 Jan.

Khamis lalu, Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata, tambang bas sekolah mungkin dinaikkan bermula sesi persekolahan bulan ini.

Katanya, kenaikan itu tidak dapat dielakkan susulan peningkatan kos operasi akibat harga alat ganti lebih tinggi, kenaikan gaji pemandu dan saingan daripada pengusaha tidak berlesen.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan garis panduan kadar bulanan mengikut perkhidmatan disediakan, jarak dan faktor lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.