![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2023%2F01%2Frumah-asnaf-kotor-2123-fb1.jpg&w=3840&q=75)
LZS dalam kenyataan menyarankan pemilik rumah berkenaan membuat aduan rasmi bagi menghentikan bantuan sewa rumah, memandangkan penyewanya tidak lagi tinggal di sana.
“Tindakan asnaf itu menganiayai pemilik rumah sewa terbabit dan boleh menyebabkan asnaf lain sukar menyewa pada masa depan.
“Sehubungan itu, LZS ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan ini terhadap amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan rumah sewa yang ditinggalkan asnaf dalam keadaan kotor dan tidak terurus, dengan pemilik kediaman itu menyifatkannya “penyewa dari neraka”.
LZS memberi bantuan sewa rumah kepada lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di negeri itu, dengan bantuan bulanan berkenaan disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram