
Menterinya, Tiong King Sing, berkata usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama memandangkan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.
“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.
“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” lapor Bernama.
Tiong juga meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati pelancong terpaksa beratur panjang, malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan imigresen.
Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan imigresen.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram