
Menurut sumber, masing-masing seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 3 petang ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor hari ini.
Ia susulan penahanan dua suspek, iaitu seorang wanita yang juga pekerja sambilan dan seorang pengajar lelaki, di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta wang daripada calon ujian memandu sebagai dorongan mendapatkan lesen gerenti lulus.
Sumber itu berkata, suspek itu masing-masing dipercayai menerima wang tunai RM1,750 dan RM750 bagi tujuan tersebut.
Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim mengesahkan penahanan itu untuk siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman pagi esok.