HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

SPR, 6 ketua negeri akan bermesyuarat adakan PRN serentak

-

Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu mesti mengadakan pilihan raya mereka dalam tempoh lima bulan akan datang.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata objektif perbincangan akan datang adalah untuk mendapatkan pandangan kesemua enam ketua negeri mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya serentak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan dengan enam ketua negeri yang masih belum mengadakan pilihan raya negeri (PRN) bagi membincangkan langkah mengadakan PRN secara serentak.

Menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, yang enggan mendedahkan lokasi mesyuarat yang dirancang, berkata objektifnya adalah untuk mendapatkan pandangan kesemua enam ketua negeri mengenai kemungkinan PRN diadakan serentak.

Naib presiden PKR itu bercakap pada sidang media selepas konvensyen DAP Negeri Sembilan di Seremban.

Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta Kedah, Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS mesti mengadakan PRN mereka dalam tempoh lima bulan akan datang, memandangkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing akan tamat penggal mereka pada Mei.

Mengikut peraturan SPR, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tamat penggal atau perhimpunan dibubarkan.

Ketika ditanya sama ada keputusan akan dicapai minggu depan sama ada keenam-enam negeri akan mengadakan pengundian serentak, Aminuddin hanya berkata “InsyaAllah”.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Aminuddin akan membincangkan rundingan kerusi di Negeri Sembilan dengan Barisan Nasional (BN) negeri.

“Beliau (Aminuddin) lebih memahami perkara ini. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan (timbalan pengerusi BN) Mohammad Hassan, yang juga ketua Umno negeri,” kata Loke.

“Cadangan saya adalah membenarkan mereka yang memenangi kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini dibenarkan untuk mempertahankan kerusi mereka,” katanya.

Awal bulan ini, Aminuddin mencadangkan agar DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata tarikh yang dicadangkan itu perlu dibincangkan dan disahkan oleh majlis presiden Pakatan Harapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.