HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Anwar mungkin dikenang sebagai ‘bapa saman negara’, kata Ahli Parlimen PAS

-

Awang Hashim berkata sekiranya Anwar tidak dapat menerima kritikan, beliau akan dianggap sebagai seorang yang berjiwa kecil.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim sudah menghantar dua surat tuntutan terhadap Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim kerana didakwa menfitnah perdana menteri itu.

KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen PAS berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim seharusnya berlapang dada dan berjiwa besar menerima kritikan daripada pembangkang.

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata sekiranya Anwar tidak dapat menerima kritikan, beliau akan dianggap sebagai seorang yang berjiwa kecil.

“Takut rakyat kenang Tambun nanti sebagai perdana menteri dan bapa saman negara kerana amalkan budaya ‘fear mongering’…menakutkan orang yang menegur.

“Kalau dia boleh menegur kenapa kita tak boleh.. saya gusar perdana menteri takut bayang-bayang sendiri,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Anwar sebelum ini menghantar dua surat tuntutan undang-undang terhadap Awang atas dakwaan fitnah.

Sebelum ini, Awang menuduh Anwar sebagai seorang yang “lebih berdendam” daripada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, susulan pertuduhan rasuah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Awang turut mempersoalkan mengapa tiada pertuduhan lain berhubung projek kontroversi kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam pada itu, Awang berkata menjadi tugas pembangkang untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

Katanya, Anwar juga pernah mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mendakwa memfitnahnya berkaitan kerjasama antara Umno dan Pakatan Harapan (PH).

“Tetapi akhirnya berlaku juga setelah ‘cium mulut’ Umno dengan PH,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.