HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Dakwa GPS gagal perjuang hak Sarawak, Chieng Jen digesa mohon maaf

-

Rodiyah Sapiee berkata pengerusi DAP Sarawak harus mohon maaf kepada seluruh rakyat negeri itu, presiden GPS, dan semua wakil rakyat gabungan itu di Dewan Rakyat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee berkata Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jeng harus mohon maaf kepada GPS dan seluruh rakyat Sarawak.

KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen GPS menggesa Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen memohon maaf kerana menuduh kerajaan Sarawak di bawah gabungan itu gagal mentadbir negeri.

Rodiyah Sapiee (GPS- Batang Sadong) berkata pengerusi DAP negeri itu harus mohon maaf kepada seluruh rakyat Sarawak, presiden GPS, dan seluruh wakil rakyat gabungan itu di Dewan Rakyat.

“Saya amat kesal dengan kenyataan YB Stampin dalam Dewan yang mulia ini mengatakan GPS adalah ‘opportunist’ dan gagal memperjuangkan hak Sarawak,

“Perpaduan kita harus disuburi untuk mempertahankan keutuhan kerajaan perpaduan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Rodiyah menegaskan kepimpinan kerajaan GPS berjaya meyakinkan kerajaan persekutuan untuk memberikan peruntukan yang lebih baik kepada Sarawak.

“Ia dapat dilihat menerusi Belanjawan 2023 apabila Sarawak diperuntukan sebanyak RM5.6 bilion berbanding RM4.4 bilion pada 2020, selain kenaikan geran khas tahunan daripada RM16 juta kepada RM300 juta.

“Ini menggambarkan kerajaan GPS berjaya meyakinkan kerajaan persekutuan untuk peruntukan yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini Chieng Jen ketika membahaskan Belanjawan 2023 antaranya didakwa menyindir GPS agar mengekalkan pendirian untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.