
Ad litem merujuk kepada pihak dilantik mahkamah untuk memberikan perlindungan termasuk dalam kes tertentu melibatkan orang dewasa yang tiada upaya.
Tuntutan fasakh oleh Jahidah, 44, terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin, 41.
Menurut Berita Harian, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Feb lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.
“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.
“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya menurut laporan itu.
Rosmaini bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding berkenaan walaupun berulang kali diberi notis kehadiran.
Media pada Mei 2021 melaporkan, seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya, pada 4 Mei.
Wanita itu yang bertugas sebagai kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak, selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram