HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kes tibi naik 17%, kematian 12%, kata menteri

-

Dr Zaliha Mustafa berkata sebanyak 25,391 kes direkodkan pada 2022 berbanding 21,727 kes tahun sebelumnya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa meminta individu menjalani pemeriksaan jika terdapat tanda awal penyakit tibi.

PETALING JAYA:
Jumlah kes tuberkulosis atau tibi meningkat 17%, dengan kematian turut mencatat peningkatan 12% pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, pada 2022 sebanyak 25,391 kes direkodkan berbanding 21,727 kes tahun sebelumnya, iaitu meningkat 3,664 kes.

Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar insiden tibi bagi Malaysia adalah 97 bagi setiap 100,000 penduduk, namun ia lebih rendah berbanding sasaran WHO.

“Pada tempoh sama juga, jumlah kematian akibat tibi di negara ini adalah 2,572 orang, meningkat sebanyak 284 berbanding 2,288 kematian.

“Sehubungan itu, usaha bagi meningkatkan kadar pengesanan kes melalui saringan awal penyakit tibi perlu ditingkatkan segera,” katanya dalam kenyataan.

Zaleha berkata, bagi mengurangkan komplikasi kematian, individu mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi diminta menjalani pemeriksaan awal dan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan tindakan boleh diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terhadap pesakit yang berhenti atau enggan menerima rawatan susulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.