HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Asyraf umum peruntukan RM100,000 tambah baik MRSM Balik Pulau

-

Pengerusi Mara itu menyantuni komen seorang pengikutnya di Facebook yang memohon beliau melihat sendiri keadaan MRSM Balik Pulau.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) ketika melihat keadaan di MRSM Balik Pulau. (Gambar Asyraf Wajdi Dusuki)

PETALING JAYA:
MRSM Balik Pulau menerima peruntukan segera RM100,000 bagi menaik taraf asrama pelajar, termasuk menambah baik peralatan di bilik guru.

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Ketua Pengarah Mara Azhar Abdul Manaf sudah dihubungi bagi kelulusan peruntukan berkenaan.

“Melihat sendiri keadaan asrama dan bilik guru di sini dengan ditemani Pengetua Cikgu Mohd Ali, saya terus berhubung dengan Datuk Seri ketua pengarah untuk peruntukan bajet segera.

“Saya mengumumkan peruntukan baik pulih penggantian peralatan di asrama pelajar dan penggantian alatan perabot bilik guru sebanyak RM100,000,” katanya di Facebook.

Beliau yang dilantik ke jawatan itu pada awal Mac lalu berkata Mara akan sentiasa memastikan kebajikan pelajar dan guru terjamin, selain komited menyediakan suasana kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran di MRSM.

Asyraf menyantuni permasalahan institusi pendidikan terulung itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan MRSM yang dibina pada 1982 itu menerusi perkongsian pengikut Facebooknya.

“Setibanya di Pulau Pinang, sepatutnya dalam jadual saya ke Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi melawat usahawan Bumiputera di sana, tetapi saya mengambil keputusan untuk membuat lawatan mengejut terlebih dahulu ke MRSM Balik Pulau kerana terbaca komen di Facebook mengenai keadaan asrama pelajar di sana.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.