
Ini kerana, katanya, masalah lantikan tetap berlarutan sejak sekian lama dan kerajaannya tidak boleh menyelesaikannya dalam masa setahun.
“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 bilion setahun. Maka, tidak mungkin.
“Sebab itu saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.
“Masalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,” katanya menurut Berita Harian.
Pada November 2021, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata, seramai 4,186 kakitangan kesihatan kontrak sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia membabitkan 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.
Anwar berkata, kerajaan akan terus mengutamakan pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal seperti bidang kesihatan dan pendidikan.
“Ini dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk 2023, yang mampu dan boleh kita tampung untuk satu tahun.”
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan menggesa kakitangan kesihatan tidak mengadakan mogok kerana ia bukan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu sistem penjagaan kesihatan.
The Star melaporkan sebuah kumpulan dikenali “Mogok Doktor Malaysia” mendakwa kira-kira 8,000 doktor kontrak akan menyertai mogok bulan depan. Katanya, doktor terbabit juga mungkin meletak jawatan beramai-ramai.
Kumpulan itu berkata, mereka yang mogok akan mengambil cuti sakit atau kecemasan mulai 3 hingga 5 April sebagai tanda protes. Ia bagaimanapun tidak menggalakkan doktor menyertai sebarang demonstrasi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram