HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Penjara sesak, banduan lebih kapasiti, kata Saifuddin

-

Menteri dalam negeri berkata sebanyak 78,236 banduan yang ditahan berbanding kapasiti sebenar 65,762 orang.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata seluruh institusi penjara mengalami masalah kesesakan apabila jumlah banduan yang ditahan melebihi kapasiti sebenar. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR:
Keadaan di seluruh institusi penjara semakin sesak apabila terdapat seramai 78,236 banduan yang ditahan ketika ini, sekali gus melebihi kapasiti sebenar, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, kapasiti sepatutnya adalah 65,762 orang sahaja dan ia menunjukkan lebihan seramai 6,675 atau 10.15% banduan di fasiliti berkenaan.

“Jumlah tersebut meliputi 39 fasiliti penjara dan tiga fasiliti melibatkan Sekolah Henry Gurney,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang meminta kerajaan memperincikan jumlah banduan dan perincian fasiliti penjara serta apakah nisbah warden penjara kepada bilangan banduan.

Saifuddin turut memaklumkan, perbandingan pegawai penjara atau warden dengan banduan di setiap penjara adalah pada nisbah satu pegawai kepada tiga hingga lima banduan.

Katanya, jumlah itu berubah berasaskan kepada kategori keselamatan penjara, kategori banduan serta keperluan dalam bentuk melaksanakan pelbagai program latihan dan pemulihan banduan.

“Dari semasa ke semasa, Jabatan Penjara menjalankan kajian mengenai kesesuaian nisbah pegawai penjara dengan banduan bagi memastikan keperluan dan penempatan pegawai adalah selaras dengan tahap keselamatan penjara, kategori banduan sesebuah penjara dan keperluan pemulihan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.