HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pertikai teks RUU bahasa Inggeris ‘mainan politik’ semata-mata

-

Shad Saleem Faruqi berkata, undang-undang yang dipinda itu digubal dalam bahasa Inggeris pada 1930-an, sebelum Akta Bahasa Kebangsaan diwujudkan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ahli Parlimen hanya mahu memperbesar isu dua RUU pindaan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, kata seorang sarjana undang-undang.

PETALING JAYA:
Sarjana undang-undang terkenal Shad Saleem Faruqi menyangkal kekecohan “politik semata-mata” yang dicipta oleh Ahli Parlimen pembangkang berhubung penggunaan teks bahasa Inggeris dalam rang undang-undang meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

“Keseluruhan episod itu (bersifat) politik semata-mata. Mereka hanya memperbesarkannya. Tidak berlaku pelanggaran mana-mana peraturan jika dilihat kepada undang-undang berkaitan dengan penggunaan bahasa di Parlimen,” kata Shad kepada FMT.

Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan penggunaan hanya bahasa Inggeris dalam RUU meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah bagi kesalahan mengintai.

Beberapa Ahli Parlimen turut bertanya sama ada ia sebahagian daripada percubaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.

Free Malaysia Today
Shad Saleem Faruqi.

Timbalan Menteri Undang-undang Ramkarpal Singh kemudian berkata, RUU itu dalam bahasa Inggeris hanya kerana teks Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah dalam bahasa Inggeris.

Shad, yang merupakan profesor emeritus undang-undang di Universiti Malaya berkata, Akta Bahasa Kebangsaan memperuntukkan semua RUU Parlimen dibuat dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

Namun, pengecualian diberikan bagi undang-undang yang digubal sebelum September 1967, jika undang-undang itu tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dan seterusnya diisytiharkan oleh Agong sebagai teks sahih. Kanun Keseksaan digubal pada 1935 dan Kanun Prosedur Jenayah pada 1936.

Shad berkata, bahasa Inggeris malah boleh digunakan dalam mana-mana sidang Parlimen atau DUN, selagi dibenarkan oleh speaker.

A Srimurugan, seorang peguam yang telah menulis buku mengenai kedua-dua kanun itu berkata, teks rasmi adalah dalam bahasa Inggeris “kerana sukar untuk menterjemah makna sejadi beberapa perkataan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia”.

Pakar linguistik diperlukan untuk menterjemah undang-undang ini dengan tepat, katanya.

Bagaimanapun, beliau menggesa agar kedua-dua undang-undang “kuno” itu dirombak sepenuhnya untuk mencerminkan kesalahan moden, dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.