HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

8 Adun BN, 2 PH dilantik timbalan exco Melaka

-

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata, 10 timbalan exco itu terdiri kombinasi muka baharu dan lama.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh berkata, lantikan timbalan exco tersebut bagi lengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri itu. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA:
Melaka melantik 10 timbalan exco bagi lengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri itu, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, lapan Adun Barisan Nasional (BN), dua Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai timbalan exco dengan kombinasi muka baharu dan lama.

Lapan Adun BN itu terdiri daripada Khaidhirah Abu Zahar (timbalan exco bagi portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET); Zulkifli Mohd (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana); Zaidi Attan (Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya); Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital).

Siti Faizah Abd Azis dilantik timbalan exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; Zahari Abd Khalil (Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan); Rosli Abdullah (Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama) dan Tuminah Kadi(Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna).

Dua timbalan exco dari PH pula ialah Low Chee Leong (Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan Leng Chau Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).

Rauf kelmarin mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan mewujudkan semula jawatan timbalan exco selepas dimansuhkan pada 2018 ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Katanya, jawatan tersebut bakal diisi oleh Adun kerajaan termasuk daripada PH.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.