HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Terima kasih tolak Mogok Doktor Malaysia, kata KKM

-

Mogok Doktor Malaysia yang digembur melibatkan 8,000 ke 12,000 doktor kontrak selama tiga hari bermula 3 Apr gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata pihak kementerian menghargai segala komitmen dan profesionalisme tinggi ditunjukkan petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.

PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya menghargai semua petugas kesihatan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan sekaligus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menghargai segala komitmen dan profesionalisme tinggi ditunjukkan petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam.

“Keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Mogok Doktor Malaysia yang dijangka melibatkan 8,000 ke 12,000 doktor kontrak,pada 3 hingga 5 Apr, gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti dirancang penganjur.

Menurutnya, mogok tersebut dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat.

“Saya ingin menekankan bahawa mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara tersebut perlu ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.

“Kod etika profesional di kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan di negara ini kepada suatu anjakan paradigma yang sentiasa disegani,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.