
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, dianggarkan 40 peserta menyertai perhimpunan itu yang diadakan di depan Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.
“Sepasukan polis dari IPD Dang Wangi ditempatkan di sekitar perkarangan masjid untuk kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Polis tidak menerima sebarang notis pemakluman mengenai penganjuran himpunan terbabit daripada penganjur,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sekumpulan ahli Pemuda Umno dan individu membakar bendera Israel sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan rejim Zionis.
Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh yang mengetuai pembakaran bendera itu dilaporkan berkata, tujuan himpunan itu bagi menghantar mesej kepada Israel serta surat bantahan rasmi kepada Kementerian Luar untuk dibawa ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram