HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Agong, Permaisuri santuni asnaf

-

Agong dan Permaisuri turut meluangkan masa menyantuni penerima dengan bertanya khabar serta menzahirkan ucapan selamat berpuasa.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Seri Paduka berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kepada 116 individu. (Gambar Bernama)

PEKAN:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat ke majlis pengurniaan sumbangan kepada golongan asnaf dan miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan.

Turut berangkat ke majlis diadakan di pekarangan Istana Mangga Tunggal, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) kepada 116 individu yang turut menerima kuih raya serta bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.

Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan meluangkan masa menyantuni penerima dengan bertanya khabar serta menzahirkan ucapan selamat berpuasa.

Seorang penerima, Abdul Moris Zahari, 69, berkata dia amat menghargai kurniaan baginda yang akan digunakan untuk membeli kerusi roda.

“Kerusi roda sedia ada telah rosak dan sumbangan ini memang rezeki untuk beli yang baharu kerana saya ada masalah saraf tunjang selepas terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motosikal empat tahun lepas,” katanya.

Bekas petugas Kelab Polo Diraja Pahang, Ismail Abdul Majid, 64, pula berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membuat persiapan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

“Alhamdulillah dalam bulan Ramadan terima kurniaan ini…malah berasa terharu apabila baginda turut bertanya khabar dan masih mengingati saya kerana sering bertemu di kelab polo dahulu,” kata bapa kepada empat anak itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.