HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis buru individu main mercun sebabkan 2 cedera

-

Polis berkata, seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha serta telinga.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Seorang daripada dua mangsa yang cedera di telinga, selepas sekumpulan individu bermain mercun menghala ke sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak.

KUALA LUMPUR:
Polis sedang mengesan individu disyaki bermain mercun sehingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak pada 31 Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian itu yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun menghala ke sebuah rumah.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 12.05 tengah malam 31 Mac lepas, menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau IPD Gombak 03-61262222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.