HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

MoT enggan campur tangan tambang lantai e-panggilan, kata Loke

-

Menteri pengangkutan berkata pihaknya bimbang sekiranya harga lantai ditetap, pengguna mungkin berdepan kenaikan harga.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Loke Siew Fook berkata, pihak kementerian setakat ini membiarkan pasaran menentukan harga tambang e-panggilan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA:
Kementerian Pengangkutan (MoT) seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan berhubung harga lantai tambang e-panggilan, sebaliknya mahu ia ditentukan kuasa pasaran, kata menterinya, Loke Siew Fook.

Loke berkata, pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-panggilan (EHO) yang mahu kerajaan campur tangan berhubung isu tambang itu termasuk penyeragaman kadar tambang antara bandar.

“Kita faham permintaan mereka supaya kerajaan menetapkan harga lantai untuk e-panggilan. Setakat ini, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada apa-apa keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) Bil 1/2023.

Loke berkata, MoT juga memahami harapan pemandu mengenai perkara berkenaan memandangkan pemandu tidak boleh memandu dengan kerugian, selain terdapat kos operasi perlu ditanggung.

“Tetapi kita perlu faham bahawa kalau ada harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin akan lebih meningkat jadi ia merupakan pertimbangan yang perlu diambil kira. Jadi kita biarkan pasaran untuk tentukan harga dan ada harga dinamik antara EHO, pemandu dan penumpang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan EHO menggesa kerajaan melaksanakan kadar tambang lantai terhadap perkhidmatan pengangkutan itu bagi melindungi kebajikan pemandu.

Dilaporkan, pemandu e-panggilan kian terdesak kerana kadar tambang semakin tidak menentu ekoran persaingan dari beberapa pengusaha perkhidmatan itu dan biarpun persaingan harga menguntungkan pengguna, ia sebaliknya membebankan pemandu e-panggilan yang perlu menanggung kos minyak, tol, dan penyelenggaraan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.