HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Bot karam di Sepulut, mayat kanak-kanak ditemui, 2 masih hilang

-

Mayat Joffizan Joffrinos ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam, 15km dari lokasi botnya karam.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Dalam kejadian petang Selasa, bot dinaiki lima beranak karam di Sungai Penawan dengan seorang daripadanya maut manakala tiga hilang. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA:
Mayat seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Penawan dekat Kampung Sinsingon, Sepulut, Sabah kelmarin ditemui petang tadi.

Joffizan Joffrinos berusia sembilan tahun ditemui terapung di tepi sungai oleh orang awam, pada 4.30 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 15km dari lokasi bot dinaikinya karam.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Berita Harian

Dalam kejadian 3 petang Selasa, bot dinaiki suami isteri bersama tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sinsington karam dengan seorang daripadanya maut manakala tiga lagi hilang.

Seorang lelaki berusia 38 tahun turut dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik hilang itu, semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.