
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat di Hospital Permaisuri Bainun, di Ipoh.
“Hasil bedah siasat dikenal pasti sebagai Koperal Mohamad Nasri Mohd Nasib dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang.
“Punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala konsisten dengan jatuh,” katanya menurut Bernama.
Yusri berkata, jenazah diserahkan kepada pihak tentera.
Semalam, Yusri berkata, polis menemukan satu mayat lelaki oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat berikutan laporan kehilangan seorang anggota tentera di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, sejak 7 Apr.
Mayat kemudian dihantar ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram