HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pembantu menteri sumber manusia ditahan SPRM, kata sumber

-

Sumber berkata, pembantu kepada V Sivakumar ditahan berhubung siasatan ke atas pengambilan pekerja asing.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menurut sumber, individu ditahan SPRM itu ialah pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

PETALING JAYA:
Seorang pembantu Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut sumber.

Katanya, pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar, ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, penahanan mereka ada kaitan siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing.

FMT sudah menghubungi pejabat Sivakumar dan SPRM untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan kepada The Vibes bahawa seorang pembantu kepada menteri itu ditahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.