![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2022%2F10%2FAsyraf-Wajdi-Dusuki-FMT-Office-12.jpg&w=3840&q=75)
Beliau berkata, baki 20% lagi masih memerlukan perincian sebelum dimuktamadkan.
“Alhamdulillah perbincangan berhubung agihan kerusi untuk PRN membabitkan enam negeri tidak berdepan sebarang masalah besar, dan rundingan berlangsung dengan lancar serta cukup positif.
“Setakat ini, saya boleh katakan 80% sudah capai persefahaman dan bakinya perlu perincian,” katanya, lapor Berita Harian.
Asyraf berkata, suasana antara PH dan BN berhubung agihan kerusi ini amat harmoni meskipun ini kali pertama kedua-dua gabungan bekerjasama, dengan masing-masing bersikap terbuka.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pemilihan calon dibuat berdasarkan lima parameter yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perundingan.
“Saya tidak mahu memperincikan parameter berkenaan kerana ia strategi kami, namun ia adalah asas untuk pimpinan negeri masing-masing memilih calon.
“Jawatankuasa Perundingan akan mengadakan mesyuarat berhubung agihan kerusi pada minggu pertama Syawal,” katanya.
“Kita beri peluang kepada pimpinan PH dan BN di peringkat negeri masing-masing untuk memilih calon yang layak bertanding pada PRN nanti,” katanya.
Semalam dilaporkan bahawa Perikatan Nasional (PN) dijangka menyelesaikan rundingan agihan kerusi PRN di enam negeri esok.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Md Nor berkata, rundingan kerusi bagi Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah selesai, manakala Selangor dan Negeri Sembilan masih perlu membuat keputusan berhubung beberapa kerusi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram