
Kevin Swampillai yang bekerja dengan BSI dari 2010 hingga 2016 berkata, kadangkala pada 2014 rakan sekerja ketika itu Yak Yew Chee memberitahunya Najib mahu bercakap dengan pengurus dana.
Yak berkata, dia diminta mengaturkan satu panggilan sidang video dan turut menyertainya.
Katanya, ketika itu, Sarawak Report mula melaporkan mengenai Brazen Sky Ltd, syarikat ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) di British Virgin Islands (BVI).
“Banyak spekulasi mengenai (tujuan) pelaburan 1MDB. Berdasarkan laporan media itu, saya fikir beliau bimbang,” katanya.
Swampillai memberitahu mahkamah, panggilan sidang video itu tidak jelas kerana liputan yang teruk kerana Lobo Lee yang bercakap dengan Najib dalam perjalanan ketika dihubungi. Katanya, dia tidak dapat mendengar dengan perbualan itu dengan jelas.
Mahkamah sebelum itu diberitahu pengaudit 1MDB dari KPMG menyiasat pelaburan USD2.3 bilion syarikat itu pada 2013.
KPMG enggan menandatangani akaun pada tahun itu, menyebabkan 1MDB melantik Deloitte bagi menggantikan firma itu.
Selain itu, Swampillai berkata, tindakan 1MDB membuka akaun bank dengan BSI pada 2011 juga dilihat sebagai “red flag”.
Katanya, entiti kerajaan seperti 1MDB biasanya membuka akaun di bank komersial atau pelaburan dan bukannya di bank peribadi seperti BSI, yang memberi perkhidmatan kepada individu kaya.
Katanya, ia diluluskan selepas melalui proses yang panjang.
Swampillai berkata, BSI bertanya beberapa soalan tetapi tidak menerima jawapan yang dikehendaki.
“BSI akhirnya berhenti bertanya soalan selepas digertak Jho Low,” kata Swampillai.
“Pada satu ketika, BSI berhenti bertanya soalan selepas bank itu digertak oleh Jho Low,” kata Swampillai.
Perbicaraan dihadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Najib berdepan 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa dana 1MDB berjumlah RM2.28 billion yang didepositkan ke dalam akaun bank AmBank miliknya antara Feb 2011 hingga Dis 2014.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram