
Mahfuz, yang juga naib presiden Amanah itu menambah, beliau tidak akan menjadi “poster boy” PH mahupun Barisan Nasional (BN) di Kedah.
“Sudah tentu saya tidak akan menjadi poster boy untuk PH Kedah. Jika saya dilantik sebagai menteri besar pula, pasti ada yang akan dimasukkan ke wad gila.
“Sekarang pun (orang itu) sudah separuh gila,” katanya tanpa menamakan individu berkenaan selepas sesi meja bulat parti komponen PH dan BN Kedah di Sungai Petani malam tadi.
Mahfuz berkata, apa yang penting bagi PH dan BN adalah menteri besar Kedah seterusnya mesti datang daripada gabungan kerajaan perpaduan agar selari dengan aspirasi kerajaan pusat.
Mengulas mengenai tindakan Perikatan Nasional (PN) menamakan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor sebagai “poster boy” untuk PRN, Mahfuz berkata, perkara itu sudah dijangkakan.
“Mereka tidak ada calon lain yang lebih baik. (Sanusi) satu-satunya calon yang mereka ada,” katanya, lapor Harian Metro.
Media melaporkan semalam bahawa Sanusi akan dilantik semula menjadi menteri besar jika PN menang di Kedah pada PRN yang dijangka diadakan pada Julai.
Pesuruhjaya Pas Kedah Ahmad Yahaya turut mengesahkan Sanusi juga akan menjadi “poster boy” parti itu untuk PRN.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram