HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Nenek terkorban selamatkan cucu dirempuh motosikal

-

Mangsa bersama cucu perempuan dirempuh ketika melintas jalan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis berkata cucu perempuan mangsa hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

PETALING JAYA:
Seorang nenek sempat menolak cucunya daripada dilanggar, sebelum dia maut dirempuh sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan UMS, berhampiran Kampung Rampayan, Menggatal, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kemalangan berlaku pada 8.45 pagi yang turut meragut nyawa penunggang motosikal itu berlaku ketika nenek berusia 56 tahun bersama cucunya mahu melintas jalan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang juga menaiki motosikal bersama teman wanitanya dari arah Indah Permai menuju ke 1Borneo.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita dilihat tiba-tiba melintas jalan bersama cucunya.

“Penunggang motosikal itu gagal mengelak dan lalu merempuh nenek terbabit sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Cucu perempuannya bagaimanapun terselamat dan hanya cedera ringan setelah sempat ditolak neneknya bagi mengelak dilanggar motosikal berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Zaidi berkata, pembonceng motosikal turut cedera ringan di muka dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Katanya, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.