
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata, mayat Liew You Foo, 63, ditemukan pasukan bomba pada jam 11.55 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan terjatuh ke dalam tasik hasil penemuan sepasang kasut berwarna merah di permukaan air tasik pada 11.20 pagi, semalam.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Fairuz Helmi Mohd Ali dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 3.29 petang, Isnin lepas.
Beliau berkata operasi pencarian telah dijalankan sekitar lima kilometer dari jalan besar dan radius pencarian adalah tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.
“Operasi diteruskan semalam, dengan pencarian menggunakan teknik ‘rescue recce’ di kawasan tebing dan membuat proses ‘sweeper’ kiri dan kanan sepanjang 200 meter.
“Lebih kurang pukul 11.55 pagi tadi mangsa dijumpai terapung di dalam tasik dan pasukan keluaran operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan bot aluminium dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 1.15 tengah hari tadi.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram