![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2023%2F04%2Fe6feec4b-jpj-bernama-200423_01.jpg&w=3840&q=75)
Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramly berkata berdasarkan statistik Ops Selamat 2019 dan Ops Selamat 2022, kemalangan maut melibatkan penunggang serta pembonceng motosikal masing-masing mencatatkan sebanyak 69% dan 65%.
Beliau berkata JPJ melihat trend kemalangan maut melibatkan motosikal amat membimbangkan.
“Jadi, kami akan tumpukan Ops Motosikal Khas ini ke seluruh negara dan JPJ telah menggerakkan anggota penguatkuasa di seluruh negara di mana kita akan tumpukan pada pemeriksaan motosikal sepanjang kempen di musim perayaan ini.
“Antara jenis kesalahan yang akan menjadi fokus JPJ ialah berkait kesalahan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan dan kesalahan teknikal lain seperti pengubahsuaian motosikal,” katanya selepas meninjau operasi itu di Plaza Tol Sentul Pasar malam ini.
Operasi itu, yang dijalankan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen dan polis, menyaksikan sebanyak 409 notis dikeluarkan manakala 18 motosikal disita.
Selain itu, seramai 15 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan tiga individu ditahan AADK kerana positif ujian saringan dadah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram