HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

6 bebas dengan ikat jamin selepas berhujung minggu di penjara

-

Peguam Alvin Tan berkata, penjamin diminta hadir di kaunter ikat jamin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Peguam berkata, penjamin berjaya melengkapkan prosedur ikat jamin sekitar tengah hari dengan bantuan pegawai mahkamah.

PETALING JAYA:
Peguam Alvin Tan mengesahkan enam lelaki yang menghabiskan hujung minggu di penjara kerana tidak membayar ikat jamin, dibebaskan hari ini selepas membayar jaminan.

Katanya, penjamin diminta hadir di kaunter ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 pagi tadi.

“Pagi ini, peguam mereka bersama penjamin tiba di mahkamah kira-kira 9.30 pagi. Pegawai mahkamah sudah bersedia dengan permohonan ikat jamin bagi enam tertuduh itu,” katanya kepada FMT.

“Di bawah bantuan pegawai mahkamah, penjamin berjaya melengkapkan prosedur ikat jamin sekitar tengah hari. Mereka akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin.”

Semalam, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata, enam lelaki itu dinafikan jaminan kerana penjamin mereka tidak hadir, bukannya akibat kaunter ditutup awal.

Khamis lalu, FMT melaporkan enam lelaki yang minta dibicarakan atas konspirasi jenayah dengan niat menipu, terpaksa menghabiskan hujung minggu panjang di penjara, dengan Tan mendakwa kaunter ikat jamin ditutup awal berbanding kebiasaan.

Tan dilaporkan mendakwa kaunter ikat jamin ditutup pada 2.53 petang, walaupun notis menyatakan waktu operasi kaunter ikat jamin sehingga 4.30 petang.

Tan menyuarakan penghargaan kepada pegawai mahkamah yang datang hari ini ketika cuti umum untuk memudahkan prosedur ikat jamin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, badan kehakiman dan jawatankuasa undang-undang jenayah Majlis Peguam Kuala Lumpur atas perhatian segera mereka.

“Kami percaya perkara ini selesai sekarang, pada masa sama, kami berharap siasatan sewajarnya dapat dilakukan bagi memastikan keadaan sama tidak berulang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.