HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pembaharuan hak asasi ‘perlahan’, Suaram bidas kerajaan

-

Kumpulan hak asasi manusia itu mengingatkan Putrajaya bahawa pentadbiran terdahulu menyelesaikan kerja asas memansuh atau meminda undang-undang zalim.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sevan Doraisamy berkata, Anwar Ibrahim sendiri pernah menjadi mangsa penahanan tanpa bicara.

KUALA LUMPUR:
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas kerajaan disebabkan pembaharuan hak asasi manusia “yang perlahan” di negara ini.

Pengarah eksekutif kumpulan hak asasi manusia itu, Sevan Doraisamy, berkata Putrajaya tiada banyak alasan untuk tidak menyegerakan pembaharuan terhadap beberapa undang-undang memandangkan pentadbiran terdahulu sudah menyelesaikan kerja asas untuk memindanya.

Bercakap pada pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Suaram 2022 di sini, katanya, kerajaan perlu mengutamakan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Hasutan, serta menggubal langkah mencegah kematian dalam tahanan.

Beliau berkata, walaupun hukuman mati mandatori telah dimansuhkan, masih banyak undang-undang yang wujud sejak zaman kemerdekaan yang perlu dipinda.

Sevan berkata, jangkaannya terhadap pembaharuan hak asasi manusia di bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah tinggi, memandangkan pengerusi Pakatan Harapan itu dilabelkan “bapa reformasi” dan merupakan mangsa penahanan tanpa bicara.

Beliau berkata, Anwar akan menjadi “perdana menteri paling teruk” jika gagal melaksanakan pembaharuan dijanjikannya.

Beliau mempersoalkan jika Anwar mempunyai azam politik dan keberanian untuk meneliti pindaan undang-undang berkaitan bagi meningkatkan hak asasi manusia di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Suaram akan mengelak membuat spekulasi mengenai perkara yang menghalang kerajaan daripada meneruskan pembaharuan.

Beliau berkata, Putrajaya perlu mengadakan libat urus dengan NGO dan organisasi masyarakat sivil berkaitan untuk memanfaatkan kepakaran kumpulan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.