
Dalam kejadian 4.15 petang itu, wanita berusia 53 tahun terbabit mengadu sesak nafas dan cuba diselamatkan sebelum dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa dibawa ke bot dan daratan untuk diberi bantuan pernafasan oleh kakitangan pusat peranginan itu.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dipercayai disebabkan serangan jantung,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut kerana kematian mangsa tiada sebarang unsur jenayah.
Terdahulu, tular video 38 saat di media sosial menunjukkan sekumpulan individu cuba memberi bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan pusat peranginan di Semporna.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram