HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Anwar ucap terima kasih, hargai jasa Dr M bangunkan industri automotif

-

Perdana menteri menyatakan penghargaan itu ketika sambutan ulang tahun Proton ke-40 dan pelancaran Proton X90.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana banyak menyumbang kepada pembangunan Proton.

KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana banyak menyumbang kepada pembangunan Proton.

Anwar membuat ucapan itu sempena sambutan ulang tahun Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) ke-40 dan pelancaran Proton X90 di Auditorium Dewan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

“Wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun, di pihak pentadbiran kerajaan perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai sumbangan dalam Proton,” katanya

Pengumuman Anwar itu mendapat tepukan gemuruh, hadirin yang menghadiri majlis tersebut.

Antara menteri yang hadir ialah Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook;  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Antarabangsa Tengku Zafrul Aziz; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Chang Lih Kang, Pengerusi Geely Holding Group Eric Li Shufu; Pengerusi Proton Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Li Chunrong.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkembagan Proton hari ini bukan sahaja menyumbang kepada potensi besar dalam negara, sebaliknya di Asia walaupun berdepan pelbagai cabaran sejak ia ditubuhkan.

“Malaysia moden ini memang serasi dengan perkembangan Proton, jadi kita syukur, kerana kita dapat bertahan, walaupun ada zaman pasang surut dan liku-liku yang membimbangkan.

“Saya percaya dengan pengurusan baharu dan komitmen baharu nampak ada lonjakkan semangat keupayaan, untuk mengangkat kedudukan Proton, sekarang Proton mempunyai potensi besar bukan sahaja di negara kita tetapi di Asia,” katanya.

Anwar berkata, Proton juga perlu terus bergerak ke hadapan dan mengembalikan kedudukannya sebagai syarikat peneraju dalam bidang automatif serta mengangkat Malaysia sebagai hab eksport, termasuk meluaskan eksport kenderaannya ke pasaran antarabangsa.

Rancangan menubuhkan Proton menerusi pengeluaran kereta nasional pertama negara, Proton Saga, bermula pada 1979 apabila Mahathir mengutarakan idea bagi membina kereta nasional untuk membantu memajukan sektor automotif tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.