
Beliau berkata, sehingga kini, tiada sebarang keputusan rasmi diberikan oleh Adnan, yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, berhubung laporan bahawa beliau tidak mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
“Saya tidak tahu, yang ini semua tiada apa-apa maklumat lagi, soal calon, kita belum ada perbincangan lagi.
“Iyalah macam YB Adnan, beliau juga Ahli Parlimen, mungkin beliau pun dah ada buat keputusan tetapi saya belum dapat apa-apa maklumat lagi daripada beliau,” katanya ketika dihubungi.
Pada sidang DUN semalam, Ahli Parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN Gemencheh menjelang PRN.
Adnan bangun mencelah dan memohon maaf sambil memberitahu, itu kemungkinan menjadi ucapan terakhirnya di sidang DUN.
“Dalam proses itu, mungkin ada penyampaian dan kata-kata, gerak mata, pergerakan saya yang mungkin menyakitkan,” katanya.
“Oleh kerana itu, saya mohon maaf dan ini mungkin ucapan terakhir saya sebagai Adun Negeri Sembilan, saya ucap terima kasih pada semua pihak,” katanya.
Adnan daripada Barisan Nasional (BN) telah berkhidmat sebagai Adun Senaling sejak 2018.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram