
Katanya, tohmahan dibuat bekas menteri tersebut menjejaskan imej badan anti-rasuah itu.
“Setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan, ia telah dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional serta tidak sesekali bertujuan menekan mana-mana individu tertentu atas faktor politik atau seumpamanya,” katanya tanpa menamakan bekas menteri itu.
SPRM turut menegaskan semua siasatan dijalankan berdasarkan maklumat serta bukti sahih yang diperoleh.
“Kertas siasatan telah dilengkapkan dengan penemuan elemen-elemen kesalahan bawah Akta SPRM 2009 serta akta berkaitan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya,” katanya.
Penjelasan SPRM itu susulan kenyataan Hamzah Zainudin yang menafikan terlibat dalam pemberian projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana didakwa meminta dan menerima rasuah RM15 juta.
Hamzah berkata, pertuduhan yang mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu.
Katanya, lebih janggal apabila beliau hanya dirakam keterangan petang semalam oleh pegawai SPRM selepas pertuduhan terhadap Sim Choo Thiam dibuat di mahkamah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram