
Anak Allahyarham Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom, berkata bapanya meninggal dunia di kediaman keluarga di Taman Paroi Jaya.
“Sebelum ini, arwah ayah menghidap penyakit buah pinggang. Ayah seorang yang tegas tetapi penyayang, ayah juga seorang pemimpin berjiwa rakyat.
“Saya tinggal bersama ayah, dua tiga hari ini, ayah nampak sihat, kami sekeluarga pasti merindui ayah dan juga ibu yang telah meninggal dunia pada Februari tahun lepas,” katanya kepada Bernama.
Allahyarham Firdaus Muhammad Rom merupakan Ahli Parlimen Rembau bermula tahun 2004-2008 sebelum digantikan oleh Khairy Jamaluddin.
Beliau juga merupakan Adun Chembong dari 1995 sehingga 2004. Allahyarham juga merupakan setiausaha politik kepada Mohamad Hasan ketika menjadi menteri besar dari tahun 2008 hingga 2018.
Muhammad Faliq berkata, jenazah bapanya dibawa ke Masjid At-Taqwa, Paroi 6 petang ini untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Paroi di Jalan Seremban-Kuala Pilah.
Firdaus Muhammad Rom dan isteri Faridah Kassim dikurniakan lima anak dan seorang cucu.