HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PRN: Rundingan kerusi PH-BN sudah 95% selesai

-

Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata, rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata rundingan kerusi membabitkan PH-BN menjelang PRN sudah hampir selesai. (Gambar Bernama)

NIBONG TEBAL:
Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN di kesemua enam negeri, kini hampir 95% selesai.

Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.

“Rundingan kerusi hampir selesai … cuma ada sikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Jabatan Pilihan Raya Umno Reezal Merican Naina Merican berkata semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.

“Setiap rundingan berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik, manakala berhubung pembahagian kerusi kita ada perimeter yang ditetapkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.