HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Berdepan Noh Omar di Selangor, jentera Umno tak goyah, kata ketua Pemuda

-

Ketua Pemuda Umno Selangor, Imran Tamrin, berkata jasa parti kepada Noh Omar lebih besar semasa beliau menjadi pemimpin.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Ketua Pemuda Umno Selangor, Imran Tamrin, berkata pemergian bekas pengerusi Noh Omar tidak jejaskan jentera parti, termasuk di Tanjong Karang.

SHAH ALAM:
Jentera Umno Selangor tak goyah untuk berdepan bekas ketuanya, Noh Omar, pada PRN kelak meskipun beliau dikenali sebagai ahli politik veteran yang berpengaruh di negeri itu.

Ketua Pemuda Imran Tamrin berkata di sebalik sumbangan Noh kepada partinya, besar lagi jasa Umno kepada beliau semasa menjadi pemimpin.

“Noh memang ada sumbangannya kepada parti tetapi jangan lupa sumbangan dan pengorbanan Umno kepadanya semasa menjadi pemimpin,” katanya kepada FMT di pejabatnya baru-baru ini.

Noh kini dilihat bersama Perikatan Nasional selepas Umno memecat beliau atas permintaannya sendiri, apabila parti itu menggantung keahliannya selama enam tahun.

Noh awal bulan ini berikrar akan merampas Parlimen Tanjong Umno daripada Barisan Nasional untuk Perikatan Nasional. Beliau mewakili rakyat di situ sejak 1995 namun tidak dicalonkan pada PRU lalu.

Imran berkata pemergian Noh tidak menjejaskan jentera Umno Selangor menghadapi PRN kelak. “Di Tanjong Karang sendiri tak terjejas, di peringkat jentera Pemuda, Wanita, Puteri, dan bahagian.”

Menjelang PRN akan datang, Umno dan gabungan pimpinannya, Barisan Nasional, berganding dengan Pakatan Harapan yang berjaya mempertahankan Selangor sejak 2008, termasuk ketika Noh memimpin Umno Selangor.

Sementara itu, Imran berkata Pemuda Umno Selangor banyak belajar daripada pengalaman bekerjasama dengan Pemuda PAS, ketika berganding untuk menghadapi PH.

PAS kini parti utama dalam PN, yang merampas semua kerusi Parlimen milik BN di Selangor pada PRU15 lalu.

“22 bulan selepas PRU14 beri pengalaman baharu dari konteks kerja dan cara politik Pemuda PAS dan gerak kerja mereka,” katanya.

Imran berkata Umno kini lebih matang dalam menilai rakan politik, menekankan kerjasama yang baik demi masa depan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.