
Beliau berkata, syarikat pengeluar utama gula iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengesahkan gula dalam gred itu belum dikeluarkan dan dipasarkan dalam negara.
Katanya, sebarang pengenalan gula baharu di pasaran perlu mendapat kelulusan KPDN terlebih dahulu kerana ia barangan kawalan berjadual sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Mengenai dakwaan kononnya berlaku kenaikan harga gula putih, menurutnya, gula putih bertapis satu kg masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85/kg (gula kasar) dan RM2.95/kg (gula halus).
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pengenalan dan penjualan gula super atau gula premium dalam bungkusan hijau yang dikatakan dijual dengan harga RM4.60 sekilogram.
Sementara itu Salahuddin berkata, Ops Manis dilaksana dari 3 hingga 17 Mei lepas bagi mengenal pasti punca dan solusi untuk menangani isu kekurangan gula di beberapa buah negeri telah menampakkan perkembangan amat positif.
“Ini terbukti apabila negeri mengalami gangguan bekalan gula pulih hampir 100% dan penampakan ini juga turut dipaparkan di media arus perdana mahupun di media sosial,” katanya.
Beliau berkata, MSM dan CSR membantu mengatasi isu kekurangan bekalan gula dengan menyalurkan komoditi berkenaan kepada pemborong utama mereka di negeri terjejas selain memberi jaminan dan komitmen mengatasi isu kekurangan bekalan gula.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram