HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Guna van uzur tanpa permit angkut murid, JPJ tahan 3 pemandu

-

Van terbabit turut tidak dicat mengikut standard warna van sekolah berwarna jingga dan tidak tertulis perkataan ‘Bas Sekolah’.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Van tanpa permit yang menjalankan aktiviti membawa murid sekolah ditahan dalam operasi khas dijalankan JPJ Negeri Sembilan di Nilai dan Seremban (Gambar JPJ)

SEREMBAN:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menahan tiga pemandu yang menggunakan van uzur tanpa permit bagi mengangkut murid sekolah dan membahayakan mereka.

Van yang digunakan bukan hanya dalam keadaan uzur, malah itu tidak dicat mengikut standard warna van sekolah berwarna jingga selain tiada langsung tertulis perkataan ‘Bas Sekolah’.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, mereka ditahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai yang melibatkan enam anggota penguatkuasa.

“Semua mereka diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Hanif Yusabra turut menasihatkan ibu bapa atau orang ramai diminta supaya menitikberatkan penggunaan pengangkutan yang sesuai bagi menghantar anak ke sekolah demi keselamatan anak mereka.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan atau mana-mana pengangkutan awam yang mempunyai permit bagi memastikan perjalanan selamat.

“Dalam masa yang sama, JPJ akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan untuk membendung aktiviti kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan van sekolah tanpa permit,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.