
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek wanita berusia 21 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Katanya, siasatan mendapati video kejadian itu dirakam oleh guru taska terbabit dengan menggunakan telefon bimbitnya.
“Video menunjukkan suspek disyaki mengasari kedua-dua kanak-kanak yang berada di bawah penjagaannya.
“Hasil siasatan, suspek akan dituduh di mahkamah pada esok,” katanya pada kenyataan, menurut Harian Metro.
Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Media pada Isnin lalu melaporkan, tular dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat di media sosial yang menunjukkan seorang wanita mengasari bayi dipercayai berlaku di sebuah taska swasta.
Pengasuh taska itu kemudiannya ditahan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram