HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tak ada masalah ahli undi parti lain dalam gabungan, kata pemimpin Amanah

-

Salahuddin Ayub berkata ini berdasarkan pengalamannya berada dalam gabungan, ahli akur dan mengundi calon dipersetujui pemimpin mereka.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata undi daripada PH diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan sebaliknya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Tiada masalah ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada PRN enam negeri akan datang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Pulai itu percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon ditetapkan.

“Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya.

“Transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN,” katanya menurut Bernama.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata, pengundi partinya perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon itu daripada parti mana termasuk DAP.

Salahuddin berkata, berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon dipersetujui pemimpin mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.