HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Hantar e-mel ancaman bom palsu, pesakit psikiatri ditahan

-

Anggota Unit Pemusnah Bom menjalankan pemeriksaan menyeluruh di pusat beli-belah di Ipoh dan mengesahkan ancaman bom itu palsu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Polis berkata lelaki itu ditahan 11.30 malam tadi susulan laporan dibuat pengurus pusat beli-belah terbabit.

PETALING JAYA:
Seorang pesakit psikiatri ditahan kerana disyaki menghantar e-mel ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, Perak yang disahkan palsu semalam.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata lelaki 43 tahun itu ditahan 11.30 malam tadi susulan laporan dibuat pengurus pusat beli-belah terbabit kira-kira 4.57 petang.

Beliau berkata, pengurusan pusat beli-belah itu menerima e-mel daripada individu tidak dikenali menyatakan terdapat ancaman bom dalam bangunan terbabit sekitar 2.56 petang.

Susulan itu, katanya anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Perak menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bangunan itu dan mengesahkan ancaman bom terbabit palsu.

“Siasatan polis berjaya membuat tangkapan suspek warga tempatan di Kampar, selain turut merampas alat komunikasi digunakan suspek.

“Suspek mempunyai sejarah penyakit psikiatri dan sedang menerima rawatan di klinik pakar psikiatri Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ujian saringan awal air kencing suspek mendapati dia tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya menurut Harian Metro.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, iaitu menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.