HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kebakaran bangunan lama KWSP tiada unsur khianat, kata polis

-

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana bangunan itu dikosongkan selepas kebakaran yang berlaku pada 2018.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kebakaran mengakibatkan kerosakan di tingkat empat dan lima bangunan di Jalan Gasing itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Polis tidak mengesan sebarang perbuatan khianat dalam kebakaran bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, semalam.

Ketua Polis Daerah Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ini berdasarkan siasatan awal dalam kebakaran waktu pagi yang mengakibatkan kerosakan teruk di bangunan enam tingkat itu.

“Bagaimanapun, kami akan meneliti laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat nanti,” katanya ketika dihubungi.

Kebakaran merosakkan tingkat empat dan lima bangunan itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan bangunan itu telah dikosongkan susulan kebakaran sebelum ini pada 2018.

Anggota bomba dari tujuh balai dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.40 pagi.

Bangunan pejabat berusia 63 tahun itu dijadualkan dibuka semula lewat tahun depan sebagai kemudahan canggih untuk warga emas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.